Tips Temuduga
Posted on 13. Oct, 2010 by minato09 in Current Issue
Salam Rakan Blogger & pembaca blog..
Apa khabar? Semoga sihat sentiasa…
Hari ni, saya ingin sampaikan satu berita. Bagi mereka
yang memohon gred 41 di sektor awam, iaitu mereka yang
memiliki ijazah sarjana muda…
Dilaporkan kerajaan akan/sedang membuka peluang kerjaya
yang lebih besar dalam masa terdekat. Maknanya, terdapat
banyak pengambilan akan dibuat untuk pegawai Gred 41 ini
untuk diserapkan ke dalam sektor kerajaan.
Lihat saja panggilan temuduga yang diadakan pada Oktober
dan November ini yang meliputi jawatan untuk:
# Pegawai Siasatan Gred P41 (Kontrak)
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
# Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
# Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Mikrobiologi)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
# Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Bioinformatik)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
# Pegawai Latihan Gred E41
(Kementerian Belia dan Sukan)
Dan ada juga yang bukan gred 41..
# Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 (Kontrak)
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah)
# Penolong Pegawai Tanah Gred NT27
(Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan/ Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan))
# Temu Duga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Calon Sarawak)
Ya, banyak temuduga kerja kerajaan yang sedang/bakal diadakan dalam
masa terdekat ini. Pengambilan besar-besaran akan dibuat (merujuk
beberapa sumber).
Dan terbaru…
Kerajaan dalam perancangan mengambil pegawai Gred J41 secara besar
-besaran melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini berita
yang diperolehi dalam minggu ini. Pengambilan pegawai Gred J41 ini
akan melibatkan ramai calon yang layak untuk ditemuduga yang mana
mereka yabg berjaya akan diserapkan ke dalam Kementerian – kementerian
kerajaan dan paling ramai akan berada di bawah Jabatan Kerja Raya.
Ini mungkin berikutan pegawai Gred J41 yang bertaraf Contract For
Service yang bakal menamatkan kontrak mereka beberapa bulan lagi
dari sekarang.
Bagi mereka yang bakal dipanggil temuduga kerja kerajaan, BERSEDIALAH
AWAL…
Persaingan adalah tinggi…
Jadi, bagaimana nak bersaing dengan ramai calon lain? Takut bersaing?
Takut, memang tak boleh dapat kerja lah. Ada juga yang tak hadir temuduga
atau langsung tak buat persiapan/buat ala kadar kerana takut untuk
bersaing. Mereka belum cuba, belum lalui temuduga sudah menyerah kalah.
Mereka berkata:
” Aku prepare pun tak guna juga. Ramai orang power-power dari aku.
Asal datang je jadilah. Lepas–lepaslah. Tak lepas memang nasib
aku la”
Ini adalah sikap yang patut dielakkan. Kerana sikap ini merendahkan
tahap keyakinan mereka. Dan apabila hadir temuduga, sudah pasti
prestasi temuduga kurang baik.
Orang yang bersedia awal akan menjadi lebih tenang semasa temuduga…
Persiapan awal mampu membantu mereka…Walaupun kita tak tahu
samada kita berjaya atau tidak, itu tak menjadi masalah. Yang
penting kita mencuba yang terbaik untuk temuduga tersebut. Yang
penting ACTION dulu..Bukannya pikirkan RESULTnya….
Bagaimana nak buat persediaan?
Mudah sahaja.
1. Dapatkan informasi berkenaan jawatan yang anda pohon samada melalui
internet, rakan-rakan, hubungi jabatan berkenaan dll
2. Jika ada buku rujukan, dapatkannya. Dijamin ianya membantu.
3. Cuba berlatih untuk bercakap dalam temuduga (boleh test dengan kawan-kawan)
4. Ramalkan soalan yang bakal ditanya..
Dan bermacam-macam cara lagi…
Credit by Jamaluddin Bahari (JaMaL)
admin kerja-kerajaan.com [Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan]
Hari ini aku ingin kongsikan tips tips temuduga kat korang semua… maklum la sekarang nie banyak jawatan kosong kerajaan keluar terutamanya yang berkelulusan ijazah, banyak nak pakai orang mengikut sumber di atas tu la….Rugi betul la aku tak ambik ijazah huhuhu…tapi tak pa lah aku happy dengan kerja sekarang…kerja sekarang nie tak boleh memilih, ada peluang cepat-cepat la sambar, jangan biarkan orang lain ambik peluang..
Mesti korang tertanya-tanya sape la Jamaluddin Bahari tu kan? dia nie adalah Usahawan Internet Malaysia yang terkenal dengan e-book Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan.. di samping itu dia ada jugak bisnes lain yang berjaya..tapi aku tak beli pon o-book tu huhuhu…aku kenal dia melalui forum WangCyber je…apa pon aku ingin berterima kasih kepada en jamal kerana sudi kongsi tips temuduga nie…dia juga berpesan suruh sebarkan kepada rakan-rakan jugak…Ilmu yang aku dapat akan dikongsi bersama korang…ok sekian…semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang…
p/s : buatlah yang terbaik dalam apa jua pekerjaan pon dan bertawakal lah kamu kepada-Nya selepas berusaha melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau korang rasa tips nie berguna derma la dengan klik pada iklan kat Tabung Kebajikan tu huhuhu….
hati mau ikhlas ye hehehehe….
Popularity: 2% [?]
Related posts:
| This post was thanked 2 time(s). Please thank it ? |








paan
13. Oct, 2010
hope xnak melalui interview mtk keja..haha
Entri terbaru ->Bagaimana meningkatkan trafik blog ?
minato09
13. Oct, 2010
hehehe…knape bro?
nak keja gov mesti kena hadir interview huhu….
Ayieblog
13. Oct, 2010
Assalamualaikum,tips terbaik dan yang paling penting kaji selidik syarikat yang kita nak pergi temuduga
,hehehe
Ayieblog recently posted..Golongan Lelaki Dalam Neraka!!!
minato09
13. Oct, 2010
wslm…thanx bro….
yup bro yg tu jugak penting….hehehe
minato09
14. Jan, 2011
yes, it’s true..thank for opinion..