hypnose fredrikstad

W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

temuduga – calon simpanan

Posted on 27. Jan, 2011 by in Current Issue

Adakah anda mendapat keputusan temuduga sebagai calon simpanan?

Di sini saya inginkan kongsikan article tentang calon simpanan di mana calon ini telah menghadiri temuduga dan keputusannya adalah calon simpanan. Sebab apa? Mari kita teruskan membaca article ini untuk mengetahui lebih lanjut. Kebanyakan kita selalu bertanya atau bercakap pasal calon simpanan, antara soalan – soalannya :

1. Apakah maksud calon simpanan tu?
2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?

executives

Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

Sekian saja info yang tidak seberapa dari saya..

Credit by kerja-kerajaan.com

Popularity: 2% [?]

Related posts:

This post was thanked 1 time(s). Please thank it ?

Tags: Calon Simpanan, Temuduga - Calon Simpanan

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Security Code: