hypnose fredrikstad

W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Lawak atau Trick Part 1

Posted on 14. Oct, 2010 by in Personal

Assalamualaikum….

Hari ini aku tak tau nak tulis apa dalam blog aku so aku sengaja buat entry seperti di atas bagi hilang rasa boring…

Harap korang enjoy la….hehehehe

Kisah 1

Main Bola Dalam Fly

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

“Hoi! Bising la korang ni! Jangan main bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama je kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”

“Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.”

“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”

“Kan kita pemain simpanan….”

Kisah 2

Cara Topup RM10 Tahan Lebih Lama

hmm..org kata pakai line lagi save dari prepaid..tp korang mesti terperanjat dengan apa yang bakal aku ceritakan ni..
topup RM 10 tetapi boleh tahan sampai 1 bulan tak kira la kalau korang bergayut berapa lama sekali pun, hantar berapa juta sms skali pun..

mungkin rezeki aku hari tu,pergi la jumpa makcik saudara aku, dia ajar macamana crossing account, sebab dia keja dekat bahagian System Development Telecom. kekadang aku tolong gak member terdekat topup, tapi amik untung sikit ar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korang, tp INGAT JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI untuk 1 nombor, sebab system akan auto detect & batalkan nombor korang..

timing nya, korang boleh topup pertengahan hujung bulan between 25 hari bulan ke atas dalam pukul 3.00am ke atas sebab dalam tempoh ini, system akan di selenggara, so ada loopholes. kena try&error..
1) beli topup RM 10… gosok  & ready.
2) korang type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tunggu reply, kat skrin akan keluar satu serial number 6 digit, korang salin tau.
4) pastu korang type < ** REC 10> <123456> masukkan 6 digit tadi, send 09902
5) pastu diorang akan reply “insert ur topup number”, so korang type 14 digit topup number yang korang beli contohnya ; <01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorang akan reply;

“ingat ini company opah kau yang punya? masuk toilet pun kena bayar 20sen, ini kau nak topup RM10 nak pakai seumur idup pulak!! banyak cantik muka kau”

hah.. tu aar, aku pun tak sangka diorg akan reply macam tu.. kecik hati aku..
kadang-kadang diorang reply lebih ‘kesat’ dari di atas dalam pelbagai bahasa, boleh menitik air mata beb..

Sekian untuk entry kali ini kalau korang rasa entry ini berguna korang derma la kat tabung kebajikan tu dan klik button “thank”…hehehe

Popularity: 2% [?]

Related posts:

This post was thanked 3 time(s). Please thank it ?

Tags: Lawak atau Trick Part 1

2 Responses to “Lawak atau Trick Part 1”

  1. ken

    15. Oct, 2010

    kisah 1 funny =)
    ken recently posted..Looking for Noob Bloggers

  2. minato09

    15. Oct, 2010

    thanx bro….hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Security Code: