hypnose fredrikstad

W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Bola Sepak – Kelantan Vs Kedah

Posted on 24. Oct, 2010 by in Football

Credit by Pak Cik Google

Assalamualaikum…

Sorry atas kelewatan update entry blog ini disebabkan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat diungkapkan di sini. Hari ini aku nak tulis entry pasal bola sepak semalam perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan vs Kedah di Stadium Sultam Muhammad IV, Kota Bharu.. Tengok la banner di atas tu?Cantik tak?hehehe…

Credit by Pak Cik Google

Sebelum tu aku nak cerita sikit tentang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.. Biasa la format bola sepak Malaysia mesti ada perlawanan timbal balik bila tiba peringkat macam ni. Yang tak bestnya perlawanan pertama berlangsung di Stadium Darul Aman dahulu.. Suasana di Stadium Darul Aman masa itu susah nak cakap la memang sesak teruk bila pasukan kesayangan layak ke peringkat ini. Lain la kalau Kedah ada perlawanan biasa2 hanya segelintir sahaja yang datang tengok. Aku pon salah seorang penonton bola sepak pon datang stadium hehehe…Aku malas la nak cerita keseluruhan perlawanan tersebut, aku rumuskan perlawanan tersebut adalah berat sebelah di mana pengadil tidak bersikap adil terhadap pemain kedah, banyak terjahan keras yang dikenakan pemain kedah, kesian diorang nie huhuhu.. Yang bestnya dalam masa 12 minit sahaja 3 pemain Kelantan terpaksa ditukarkan kerana injured, kesian betul..Yang aku tak puas hati bila pemain star kedah kena tackle dari tepi depan belakang pengadil tetap tak bagi foul..adoii susah la macam nie?macam ni la mutu pengadilan di Malaysia, macamana sukan di Malaysia nak maju kalau mutu pengadilan macam ni?ok teeettttt setakat nie…

Kita teruskan entry perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia yang bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.. kelebihan ada di pasukan Kelantan sebab bermain di tempat sendiri di hadapan peminat diorang la.. kali nie aku tengok kat tv sahaja di saluran astro 806 hehehe… Aku rumuskan perlawanan tersebut adalah berat sebelah jugak sama sahaja perlawanan sebelum ni .. Pengadil macam nak bagi kemenangan kat Kelantan je..Perlawanan ini agak seimbang di mana pemain Kelantan mengasak kubu pertahanan pemain Kedah begitu juga dengan pemain Kedah, banyak peluang dipersiakan. Dalam minit ke berapa tak tahu la Kelantan memperolehi gol melalui corner kick yang diambil oleh Shahrul Idlan Talaha, jaringan yang cantik yang tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Helmi Elias.. Apa pon tahniah kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan kerana layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Credit by Google…

Pandai kartun ni buat skill..Sapa boleh wat skill macam ni? aku pon boleh buat.. kacang je… hehehe

p/s : Harap sangat FAm dapat membenarkan penggunaan tenaga import luar Negara untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di Malaysia…Baru la Kedah dapat menggunakan 3 trio import terbaik  pernah dimiliki oleh kedah sebelum ini..hehehehe

Popularity: 6% [?]

Related posts:

This post was thanked 4 time(s). Please thank it ?

Tags: Bola Sepak - Kelantan Vs Kedah, kelantan vs kedah

3 Responses to “Bola Sepak – Kelantan Vs Kedah”

  1. shidi

    24. Oct, 2010

    gomo2…

  2. minato09

    24. Oct, 2010

    hehehe…fan kelantan rupenye…tahniah shidi… :)

  3. lina

    26. Oct, 2010

    patut la diam je…
    frust kedah kalah malam tu
    rupanya…. :/

Leave a Reply

CommentLuv badge
Security Code: